Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor

Iklan Mengenai Jawatan Kosong Terbuka di Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor 
Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan beminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor  2017 seperti dibawah :

Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor

Jawatan :

1. PEMBANTU TADBIR P/O N19

2. PEMBANTU AWAM H11

PERMOHONAN
Untuk memohon jawatan di atas, permohonan hendaklah menggunakan Borang JPS.SEL.03/2/29-PSH. Borang boleh didapati di Ibu Pejabat JPS Negeri Selangor atau di JPS Daerah Kuala Langat/ Kuala Selangor/ Sabak Bernam. Borang permohonan juga boleh dimuat turun di laman web JPS Negeri Selangor iaitu water.selangor.gov.my.

Semua permohonan hendaklah lengkap dengan maklumat berikut: -

i. Salinan Kad Pengenalan pemohon
ii. Sekeping gambar terbaru berukuran passport
iii. Salinan Sijil Kelahiran pemohon
iv. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
v. Salinan lesen memandu

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti
dibawah menggunakan sampul saiz 23cm X 10cm. :-

PENGARAH
JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN NEGERI SELANGOR
TINGKAT 5, BLOK PODIUM SELATAN
BANGUNAN SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH
40626 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
(U/P: BAHAGIAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan & penempatan yang dipohon di sebelah kiri atas sampul surat.Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk urusan temuduga seterusnya. Semoga berjaya.

LOKASI / NEGERI : SELANGOR
TARIKH TUTUP : 16 OGOS 2017

Sila Kongsi :

Langgan Jawatan Kosong Ke Email :

0 Response to "Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Selangor "

Post a Comment