Perbadanan Muzium Negeri Pahang - Gaji RM1,352 - RM4,003

Iklan Mengenai Jawatan Kosong Terbuka di Perbadanan Muzium Negeri Pahang 
Perbadanan Muzium Negeri Pahang mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan beminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Perbadanan Muzium Negeri Pahang  2017 seperti dibawah :


Perbadanan Muzium Negeri Pahang

Jawatan :

1. PEMBANTU TADBIR P/O N19


PERMOHONAN
Untuk memohon jawatan di atas, anda perlu membeli borang daripada Bahagian Pentadbiran Perbadanan Muzium Negeri Pahang, Pekan dengan menyertakan kiriman wang pos bernilai RM 5.00 dan sampul surat berukuran 23 sm x 10 sm beralamat sendiri dan bersetem RM0.60 sen atau datang sendiri di alamat seperti di bawah.

Calon-calon yang terdiri daripada pegawai-pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun atau Kuasa Tempatan mestilah telah disahkan dalam Perkhidmatan dan permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan masing-masing dan Laporan Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Permohonan hendaklah disertakan dengan:
a) Salinan Sijil Lahir
b) Salinan Kad Pengenalan
c) Salinan Sijil berhenti Sekolah dan semua sijil-sijil kelayakan yang telah disahkan seperti yang disyaratkan termasuk sekeping sampul surat berukuran 24 sm x 11 sm beralamat sendiri dan dilekatkan setem RM0.60 serta hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon disudut atas sebelah kiri sampul surat.

Permohonan Yang lengkap hendaklah dihantar kepada:

PENGARAH 
PERBADANAN MUZIUM NEGERI PAHANG
JALAN SULTAN AHMAD
26600 PEKAN
PAHANG DARUL MAKMUR

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk urusan temuduga seterusnya. Semoga berjaya.

LOKASI / NEGERI : PAHANG 
TARIKH TUTUP : 09 JUN 2017

Sila Kongsi :

Langgan Jawatan Kosong Ke Email :

0 Response to "Perbadanan Muzium Negeri Pahang - Gaji RM1,352 - RM4,003"

Post a Comment