Majlis Perbandaran Kajang MPKJ - Gaji RM1,498 - RM9,643

Iklan Mengenai Jawatan Kosong Terbuka di Majlis Perbandaran Kajang
Majlis Perbandaran Kajang mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan beminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Perbandaran Kajang 2017 seperti dibawah :


Majlis Perbandaran Kajang

Jawatan :

1. ARKITEK J41

2. PENOLONG PEGAWAI PENILAIAN W29

PERMOHONAN
Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web MPKJBorang permohonan hendaklah disertakan bersama dokumen tersebut :
    1 . Salinan Kad Pengenalan.
    2 . Sijil Kelahiran.
    3 . Sijil – sijil Persekolahan.
    4 . Sekeping Gambar Berukuran Pasport.

Setiap Salinan Sijil/Dokumen hendaklah DISAHKAN oleh Pegawai Kerajaan (Kumpulan Pengurusan & Profesional) / Pengetua Sekolah / Wakil Rakyat / Penghulu / Ketua Kampung. Bagi pegawai yang sedang berkhidmat dengan Perkhidmatan Awam, permohonan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am 21 dan Bab ‘A’ 1973 dan menyertakan bersama - sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan.

Semua dokumen hendaklah dikepilkan dengan kemas bagi mengelakkan keciciran / kehilangan dokumen. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatatdi sebelah kiri atas sampul surat. Satu borang adalah untuk satu jawatan sahaja.

Hanya calon yang disenarai pendek sahaja layak dipanggil temuduga. Permohonan yang tidak menerima apa-apa jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. Tiada makluman bersurat akan dikeluarkan oleh pihak Majlis Perbandaran Kajang.

Permohonan hendaklah dialamatkan kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.

(u/p: Bahagian Sumber Manusia.) 

LOKASI / NEGERI : SELANGOR
TARIKH TUTUP : 1 MARCH 2017

Sila Kongsi :

Langgan Jawatan Kosong Ke Email :

0 Response to "Majlis Perbandaran Kajang MPKJ - Gaji RM1,498 - RM9,643"

Post a Comment