Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah - Gaji RM1,218 - RM2,939

Iklan Mengenai Jawatan Kosong Terbuka di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah 
Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan beminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah 2016 seperti dibawah :


Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah

Jawatan : 

1. PEMBANTU KENDERAAN H11

2. PEMBANTU AWAM H11

PERMOHONAN
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi di Seksyen Khidmat Pengurusan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Aras 1, Wisma Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Pemohon yang berkelayakan sebagaimana ditetapkan sahaja layak memohon. Borang bermohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke pentadbiran ini dengan disertakan sekeping foto berukuran passport, salinan kad pengenalan, salinan perakuan sijil kelahiran, salinan semua sijil- sijil persekolahan (SRP/PMR/SPM/SVPM/STPM), salinan sijil berhenti sekolah, salinan dokumen-dokumen lain yang disahkan. Tandatangan pengesahan salinan sijil/dokumen hendaklah dilengkapi dengan cop nama dan jawatan. Semua salinan dokumen hendaklah bersaiz A4.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar di sampul surat berukuran 23cm x 31cm dan disudut atas sebelah kiri hendaklah ditulis jawatan yang dipohon. Permohonan hendaklah disampaikan ke alamat :

PEJABAT PENGARAH TANAH DAN GALIAN 
NEGERI KEDAH
05576 WISMA NEGERI, ALOR SETAR
KEDAH DARUL AMAN.

(u.p. : Seksyen Khidmat Pengurusan)

Hanya pemohon yang disenarai pendek akan dihubungi untuk urusan temuduga seterusnya. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan selepas 6 bulan dari tarikh iklan ditutup hendak menganggap permohonan mereka tidak berjaya

LOKASI / NEGERI : KEDAH
TARIKH TUTUP : 31 JANUARI 2017

Sila Kongsi :

Langgan Jawatan Kosong Ke Email :

0 Response to "Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kedah - Gaji RM1,218 - RM2,939"

Post a Comment