Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia MIROS - Gaji RM1,352 - RM8,718

Iklan Mengenai Jawatan Kosong Terbuka di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia MIROS
MIROS mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan beminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di MIROS 2017 seperti dibawah :

MIROS

Jawatan :

1. PEGAWAI PENYELIDIK Q41

2. PEGAWAI PENYELIDIK SOSIAL N41
3. PEGAWAI TADBIR N41
4. PEMBANTU PENYELIDIK Q19
5. PEMBANTU TADBIR P/O N19

PERMOHONAN
Pemohon perlu mengisi borang Permohonan Jawatan Kosong MIROS yang boleh diperolehi daripada laman sesawang MIROS.Sertakan salinan sijil-sijil seperti berikut:
(a) Resume lengkap dan senarai tugas terkini;
(b) Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran;
(c) Sijil Kelulusan Persekolahan: SPM/SPM(V)/STPM;
(d) Sijil yang membuktikan kelulusan Bahasa Melayu setaraf kelulusan SPM (jika berkenaan);
(e) Ijazah/Diploma dan transkrip/surat pengesahan kelulusan peperiksaan akhir dari pusat pengajian tinggi;
(f) Sijil-sijil lain yang ada berkaitan dengan jawatan seperti sijil pendaftaran penuh dengan lembaga ikhtisas atau kelulusan-kelulusan lain;
(g) Surat pelepasan biasiswa selain daripada Pemegang Biasiswa Persekutuan (jika berkenaan);
(h) Sijil pendaftaran calon kurang upaya/surat pengesahan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia/Program Kesejahteraan Rakyat (jika berkenaan)

Permohonan hendaklah dikemukakan melalui Ketua Jabatan sekiranya masih dalam perkhidmatan Kerajaan dan disertakan bersama Laporan Penilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tiga (3) tahun terakhir serta Kenyataan Perkhidmatan. Permohonan yang lengkap boleh dihantar melalui pos ke alamat kami seperti berikut:

Urus Setia Pengambilan
Unit Pengurusan Sumber Manusia,
Bahagian Khidmat Pengurusan,
Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia,
Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang, Selangor.

Hanya permohonan yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil temuduga. Calon-calon yang berjaya dipanggil temuduga akan dimaklumkan melalui emel atau surat panggilan temuduga. Sekiranya tiada sebarang maklum balas diterima daripada pihak MIROS selepas tiga (3) bulan dari tarikh tutup iklan, permohonan hendaklah dianggap TIDAK BERJAYA.

LOKASI / NEGERI : SELANGOR
TARIKH TUTUP : 10 FEBRUARI 2017

Sila Kongsi :

Langgan Jawatan Kosong Ke Email :

0 Response to "Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia MIROS - Gaji RM1,352 - RM8,718"

Post a Comment