Majlis Daerah Hulu Selangor - Gaji RM1,218 - RM9,656




Iklan Mengenai Jawatan Kosong Terbuka di Majlis Daerah Hulu Selangor MDHS
Majlis Daerah Hulu Selangor mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan beminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Daerah Hulu Selangor 2017 seperti dibawah :

Majlis Daerah Hulu Selangor

Jawatan :

1. PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U41

2. PEGAWAI PENILAIAN W41
3. PENOLONG PEGAWAI KESIHATAN PERSEKITARAN U29
4. PENOLONG PEGAWAI SENIBINA JA29
5. PENOLONG JURUTERA JA29
6. PENOLONG PEGAWAI PENTADBIR N29
7. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
8. PEMBANTU PENILAIAN W19
9. PEMBANTU TADBIR P/O N19
10. PEMBANTU AWAM H11

PERMOHONAN
Borang Permohonan Jawatan boleh dibeli di Jabatan Khidmat Pengurusan dengan harga RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%). Bagi Borang Permohonan Jawatan yang dimuat turun di laman web rasmi Majlis Daerah Hulu Selangor perlu membuat bayaran sebanyak RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%) semasa menghantar borang di kaunter Jabatan Khidmat Pengurusan. Sekiranya pemohon membuat penghantaran borang secara pos, pemohon hendaklah menyertakan:
i) Kiriman wang / Wang pos (postal order/money order) berjumlah RM2.10 tunai/senaskah (termasuk GST 6%) kepada MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR.
ii) Satu (1) keping sampul surat berukuran 10 cm x 23 cm (size kecil) LENGKAP dengan NAMA dan BERALAMAT SENDIRI serta bersetem RM 0.60.

Borang permohonan (termasuk borang yang dimuat turun dari laman web rasmi MDHS) hendaklah diisi dengan lengkap dan jelas dari muka surat 1 hingga 7. Permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah DISAHKAN dari salinan asal.

Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:

YANG DIPERTUA
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
JALAN BUKIT KERAJAAN
44000 KUALA KUBU BHARU

(u.p.: Jabatan Khidmat Pengurusan)

Sila nyatakan nama jawatan yang dipohon di penjuru atas kiri sampul surat permohonan. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan. Borang permohonan secara Pos yang diterima oleh Jabatan selepas tarikh tutup iklan akan DITOLAK. Hanya calon yang layak selepas tapisan akan dipanggil temuduga. 

Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 3 bulan dari tarikh temuduga iklan hendaklah menganggap permohonan tidak berjaya.

LOKASI / NEGERI : SELANGOR
TARIKH TUTUP : 20 JANUARI 2017



Sila Kongsi :

Langgan Jawatan Kosong Ke Email :

0 Response to "Majlis Daerah Hulu Selangor - Gaji RM1,218 - RM9,656"

Post a Comment