Majlis Daerah Jempol - Gaji RM1,216 - RM5,701

Iklan Mengenai Jawatan Kosong Terbuka di Majlis Daerah Jempol
Majlis Daerah Jempol mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan beminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Majlis Daerah Jempol 2016 seperti dibawah :

Majlis Daerah Jempol

Jawatan :

1. PENOLONG JURUTERA JA29

2. PEMBANTU TADBIR N19
3. PEMBANTU KEMAHIRAN H19
4. PEMBANTU OPERASI N11
5. PEMBANTU KENDERAAN H11

PERMOHONAN
Permohonan hendaklah menggunakan Borang Khas dengan harga RM 1.00 termasuk GST yang boleh didapati dari Pejabat Majlis Daerah Jempol (Bahagian Kaunter). Pemohon juga boleh muat turun borang permohonan daripada laman web Majlis Daerah Jempol.

Permohonan daripada Pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/Badan Berkanun/Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan masing-masing dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang di kemas kini dan Laporan Penilaian Prestasi Tahunan disertakan bersama.

Setiap permohonan mestilah disertai dengan salinan sijil-sijil dan mengikut susunan berikut:
   i) Salinan Kad Pengenalan
   ii) Salinan Surat Beranak
   iii) Salinan Sijil PMR/SRP/MCE/SPM/HSC/STPM atau setaraf
   iv) Salinan Sijil / Diploma atau setaraf
   v) Salinan Semakan Pengiktirafan Kelayakan daripada Jabatan

Nama jawatan hendaklah ditulis di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dialamatkan kepada:-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS DAERAH JEMPOL,
72120 BANDAR SERI JEMPOL,
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS.

Setiap pemohon WAJIB hadir dan LULUS semua ujian yang ditetapkan sebelum disenarai pendek bagi menghadiri temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan adalah dianggap tidak berjaya.

LOKASI / NEGERI : NEGERI SEMBILAN
TARIKH TUTUP : 19 DISEMBER 2016

IKLAN PENUH JAWATAN

Sila Kongsi :

Langgan Jawatan Kosong Ke Email :

0 Response to "Majlis Daerah Jempol - Gaji RM1,216 - RM5,701"

Post a Comment