Institut Sukan Negara - Gaji RM1,352 - RM13,256

Iklan Mengenai Jawatan Kosong Terbuka di Institut Sukan Negara
Institut Sukan Negara mempelawa calon-calon warganegara Malaysia yang berkelayakan dan beminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini di Institut Sukan Negara 2016 seperti dibawah :


Institut Sukan Negara

Jawatan :

1. PEGAWAI PERUBATAN UD47/UD48, UD53/UD54

2. PENOLONG PEGAWAI FARMASI U29
3. JURURAWAT U29
4. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN U29
5. PENOLONG PEGAWAI PERUBATAN HAL EHWAL ISLAM S29
6. PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19

PERMOHONAN
Semua borang permohonan boleh dimuat turun melalui laman web Institut Sukan Negara. Permohonan dari mereka yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan atau Badan-Badan Berkanun mestilah melalui Ketua Jabatan dan hendaklah disertakan dengan Salinan rekod perkhidmatan yang dikemaskini.

Setiap permohonan MESTILAH disertai bersama SALINAN dokumen berikut yang telah DISAHKAN:
   i. Kad Pengenalan;
   ii. Sijil SPM/MCE, HSE/STPM atau setaraf;
   iii. Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana, PhD (Skrol dan Transkrip Akademik Terperinci);
   iv. Surat Pengesahan Perkhidmatan dari majikan sedia ada/terdahulu untuk mengambil     
        kira pengalaman kerja / penetapan gaji 
   v. Salinan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini (bagi kakitangan Kerajaan/Badan 
       Berkanun / Separa Kerajaan yang sedang berkhidmat);
   vi. Salinan Sijil Pendaftaran Penuh& Sijil Amalan Tahunnan (Majlis Perubatan Malaysia); 
   vii. Salinan Penyiaran Warta Kerajaan sebagai Pakar Perubatan Sukan.

Permohonan yang telah lengkap hendaklah di alamatkan kepada ;

Jabatan Sumber Manusia
Bahagian Pengurusan
Institut Sukan Negara
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur. 

(u.p. : Puan Chitra Devi a/p Arumugam)

Hanya permohonan yang ditapis-senarai akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang dipanggil TEMUDUGA perlu membawa dokumen-dokumen asal untuk diserahkan kepada setiausaha temuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan daripada pihak ISN selepas tiga (3) bulan dari tarikh ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka TIDAK BERJAYA.

LOKASI / NEGERI : KUALA LUMPUR
TARIKH TUTUP : 26 DISEMBER 2016

IKLAN PENUH JAWATAN

Sila Kongsi :

Langgan Jawatan Kosong Ke Email :

0 Response to "Institut Sukan Negara - Gaji RM1,352 - RM13,256"

Post a Comment